Taman Burung Kuang Ajil Ajil

Taman Burung Kuang Ajil salah satu destinasi pelancongan yang harus dilawati apabila berkunjung ke Ajil. Taman Burung yang berkeluasan 1.7 ekar ini menempatkan pelbagai spesies burung terutama dari spesies Burung Kuang. Burung Kuang adalah spesies burung yang mempunyai bulu yang cantik berbintik-bintik coklat dan berjambul. Terdapat lebih 30 spesies Burung Kuang dari pelbagai negara di bela dan dibiakkan di sini. Burung Kuang Jantan biasanya mempunyai ekor yang panjang dan cantik berbanding dengan Burung Kuang Betina. Burung jantan biasanya akan mengembangkan ekornya bagi menarik perhatian burung betina untuk mengawan. Habitat Burung Kuang biasanya adalah di kawasan hutan dipterokap hingga ketinggian 900meter dan memakan pucuk tumbuhan, biji-bijihan, buah-buahan yang gugur seperti buah ara. Pembiakannya pula biasanya adalah dalam bulan Mac hingga Ogos dan burung betina biasanya bertelur dicelah-celah banir pokok dan membuat sarang. Burung Kuang betina biasanya akan bertelur sehingga 2 biji dan mengeram telurnya sehingga menetas.

Taman Burung Kuang Ajil juga memelihara dan membiakkan spesies Burung Merak Hijau (hookbilled bulbul) yang telah di ancam kepupusan di Malaysia sejak 1960an. Kerajaan Negeri melalui Taman Kuang Ajil Enterprise berkerjasama untuk membiakkan Burung Merak Hijau ini dan akan dilepaskan di kawasan Taman Burung Sungai Ketiar Tasik Kenyir sebagai menambah habitat spesies ini secara semulajadi. Spesies yang dibiakkan di Taman Burung Ajil ini adalah jenis burung merak hijau Jawa yang mana bakanya diperolehi dari Jerman dengan kebenaran PERHILITAN.